Tiba-tiba
PERKASA Pahang bersuara selepas sekian lama mebisu dalam hal-hal yang berkaitan
dengan isu Rakyat di negeri ini. Krisis Air yang sudah berlanjutan selama
bertahun-tahun pun PERKASA tidak dilihat ke hadapan untuk mendesak P.A.I.P dan
Kerajaan Negeri memperbaiki tahap perkhidmatan keperluan asas itu walaupun
majoriti Rakyat yang terlibat adalah dari Komuniti Melayu.
Suara
sumbang dan berunsur Fitnah kepada calon PAS di N.12 Dun Beserah sahaja dilihat
menjadi keutamaan mereka dari isu-isu yang menghantui kedudukan sosio-ekonomi Komuniti
Melayu di Pahang.
Dimanakah
PERKASA Pahang ketika Rakyat Pahang khususnya Komuniti Melayu berjuang untuk
mendapatkan Hak ke atas Tanah mereka selama bertahun-tahun lamanya dari
Kerajaan Negeri?
Dimanakah
PERKASA Pahang apabila wujudnya pendedahan pihak tertentu bahawa terdapat Tanah
yang dijual kepada rakyat asing bukan Melayu dari Singapura?
Dimanakah
PERKASA Pahang apabila 20 ribu Rakyat Balok yang majoritinya Melayu terpaksa berjuang
untuk hidup dengan pelbagai isu Alam Sekitar di sekeliling mereka?
Dimanakah
PERKASA Pahang apabila terdapat sungai di Pahang yang menjadi sebahagian sumber
ekonomi Kaum Melayu dicemari?
Dimanakah
PERKASA Pahang apabila harga barangan semakin meningkat di negeri ini?
Dimanakah
PERKASA Pahang apabila terdapat kenyataan bahawa Kaum Melayu lah yang paling
ramai sekali terlibat dengan premis Judi
Internet?
Dimanakah
PERKASA Pahang apabila terdapat pendedahan ratusan anak luar nikah yang
didaftarkan di Pahang khususnya dari kalangan Kaum Melayu?
Dimanakah
PERKASA Pahang apabila terdapat ratusan kes cerai khususnya melibatkan Kaum
Melayu yang didaftarkan di negeri ini?
Bukankah
Ibrahim Ali telah menjulang dan mengucup keris untuk mempertahankan nasib
Melayu? Nasib Melayu apakah yang PERKASA Pahang mahu pertahankan di Bumi Pahang
ini? Nasib Melayu kah atau Nasib pemimpin PERKASA kah yang sebenarnya mahu
dipertahankan?
Saya
tidak nampak peranan PERKASA Pahang seperti yang dimomokkan mereka kecuali
sikap mereka yang hipokrit dan hanya berperanan seperti sayap baru UMNO dan
Barisan Nasional.