Wednesday 10 April 2013

PERKASA Pahang Yang Tidak Perkasa



Tiba-tiba PERKASA Pahang bersuara selepas sekian lama mebisu dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu Rakyat di negeri ini. Krisis Air yang sudah berlanjutan selama bertahun-tahun pun PERKASA tidak dilihat ke hadapan untuk mendesak P.A.I.P dan Kerajaan Negeri memperbaiki tahap perkhidmatan keperluan asas itu walaupun majoriti Rakyat yang terlibat adalah dari Komuniti Melayu.

Suara sumbang dan berunsur Fitnah kepada calon PAS di N.12 Dun Beserah sahaja dilihat menjadi keutamaan mereka dari isu-isu yang menghantui kedudukan sosio-ekonomi Komuniti Melayu di Pahang.

Dimanakah PERKASA Pahang ketika Rakyat Pahang khususnya Komuniti Melayu berjuang untuk mendapatkan Hak ke atas Tanah mereka selama bertahun-tahun lamanya dari Kerajaan Negeri?

Dimanakah PERKASA Pahang apabila wujudnya pendedahan pihak tertentu bahawa terdapat Tanah yang dijual kepada rakyat asing bukan Melayu dari Singapura?

Dimanakah PERKASA Pahang apabila 20 ribu Rakyat Balok yang majoritinya Melayu terpaksa berjuang untuk hidup dengan pelbagai isu Alam Sekitar di sekeliling mereka?

Dimanakah PERKASA Pahang apabila terdapat sungai di Pahang yang menjadi sebahagian sumber ekonomi Kaum Melayu dicemari?

Dimanakah PERKASA Pahang apabila harga barangan semakin meningkat di negeri ini?

Dimanakah PERKASA Pahang apabila terdapat kenyataan bahawa Kaum Melayu lah yang paling ramai sekali  terlibat dengan premis Judi Internet?

Dimanakah PERKASA Pahang apabila terdapat pendedahan ratusan anak luar nikah yang didaftarkan di Pahang khususnya dari kalangan Kaum Melayu?

Dimanakah PERKASA Pahang apabila terdapat ratusan kes cerai khususnya melibatkan Kaum Melayu yang didaftarkan di negeri ini?

Bukankah Ibrahim Ali telah menjulang dan mengucup keris untuk mempertahankan nasib Melayu? Nasib Melayu apakah yang PERKASA Pahang mahu pertahankan di Bumi Pahang ini? Nasib Melayu kah atau Nasib pemimpin PERKASA kah yang sebenarnya mahu dipertahankan?

Saya tidak nampak peranan PERKASA Pahang seperti yang dimomokkan mereka kecuali sikap mereka yang hipokrit dan hanya berperanan seperti sayap baru UMNO dan Barisan Nasional.  

1 comment:

  1. Brahim Kataky Ali melayu mana yang mung selalu Auw !!! Auw !!!!! Auw !!!!! nak mempertahan kalau bukan melayu perkasa dan melayu umno yang makan ubi-kayu......kalau dilihat dari zahirnya Perkasa tidak ada apa-apa manafaat pun kepada rakyat bawahan.......Tak ada perkasa pun rakyat tak mati kebuluran kerana kelaparan...sebenarnya perkasa ditubuh hanyalah semata-mata untuk pecah dan bahagi orang melayu daripada lari kepada Pakatan Rakyat......itu pasal lah perkasa ni dipihak dacing...pergi mapuslah Lu brahim kataky ali perkasa.

    ReplyDelete