Friday, 20 May 2011

Demo Anti LYNAS Di Hadapan Kedutaan Austalia Berjaya!!!

 

Demo Anti-Lynas di hadapan Kedutaan Australia semalam dianggap satu kejayaan besar kepada Pergerakan Anti-Lynas. Kehadiran pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, NGO dan Wakil Akhbar yang cukup ramai membuktikan kejayaan kempen itu setakat ini.

Saya tidak dapat menganggarkan berapa ramai yang hadir kerana berada di barisan hadapan bersama-sama pimpinan lain bertemankan pihak Polis dan FRU.

Alhamdulillah kenderaan FRU tidak memancutkan airnya yang pedih dan gatal kali ini tidak seperti ketika di Demo Mesir dan Kenaikan Harga Barang tempoh hari sehinggakan saya dan beberapa sahabat lain terpaksa bermandi dengan air itu.

Satu kejutan dan tahniah kepada pihak berkuasa kerana memberi kerjasama yang cukup baik kepada pihak penganjur.

Satu perjuangan yang cukup jitu daripada semua pihak walaupun terpaksa bermandi hujan. Walaupun hujan lebat, semua, masih tidak mahu berganjak menunggu wakil pergerakan Anti-Lynas menghantar memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Australia termasuk mengadakan perbincangan selama lebih 1 jam.

Satu perjalanan pulang yang jauh bagi kebanyakan majoriti rakyat Kuantan selepas demonstrasi, walaubagaimanapun dapat dilihat dari semua riak muka perasaan gembira yang tidak terhingga kerana berjaya mencapai setiap matlamat itu secara bersama.

Tahniah Kepada Semua!!!

Katakan Tidak Pada LYNAS!!!

No comments:

Post a Comment