Sudah agak lama juga saya menanti panduan seperti yang dilontarkan oleh YB Khalid Samad berkenaan kaedah memilih pemimpin. Panduan yang cukup ringkas, padat dan tepat untuk insan biasa seperti saya untuk memahaminya. Cukup mudah untuk disimpulkan.
Pilihlah mereka yang boleh melaksanakan tanggungjawab yang datang dengan jawatan itu.
Dapat melaksanakan tanggungjawab itu pada pandangan saya pula ialah mereka yang boleh bekerja dan mengajak mereka-mereka yang lain di dalam jemaah untuk bekerja bersama-sama dengan rela dan sepenuh hati hanya kerana mencari keredhaan Allah S.W.T dan bersama-sama dalam jemaah untuk memenuhi sasaran yang telah ditetapkan itu.
Jawatan adalah tanggungjawab dan bukan penghormatan.
Jika mereka tidak mampu atau tidak sesuai dengan jawatan itu, maka perlulah ditukarkan.
Teguran atau kritikan kepada mereka yang dilantik ketika memikul tanggungjawab itu seharusnya tidak dianggap sebagai tidak hormat atau tidak wala’.
Jika seseorang yang kita tahu itu tidak mampu untuk diamanahkan dengan tanggungjawab itu, tetapi atas dasar suka dan hormat dan bukan kerana keupayaan atau kebolehan beliau dalam memikul tanggungjawab atau tugas itu, maka ia adalah satu penganiayaan dan lebih zalim lagi jika beliau tidak pula dibantu.
Saya melihat pemilihan pimpinan dalam jemaah khususnya di peringkat cawangan masih diselubungi dengan kaedah pemilihan yang hanya bersandarkan suka dan hormat. Mungkin sebahagian di peringkat kawasan.
Kita memerlukan pimpinan yang boleh melaksanakan tanggungjawab itu dan kita tahu pimpinan itu berupaya melaksanakannya dan bukan kerana kita suka atau hormat kepadanya semata-mata.
No comments:
Post a Comment