Wednesday, 11 May 2011

Tahniah PAS Kawasan

Ceramah semalam di Markas PAS di Taman TAS Kuantan Pahang berjalan dalam keadaan cuaca yang cukup baik walaupun halilintar dilihat memancar di langit beberapa kali sebagai tanda untuk hujan. Kupasan YB Fuziah Salleh cukup komprehensif berkenaan Lynas, hasil dari kajian sendiri siang dan malam, ujarnya. Perhatian yang cukup serius dari semua yang hadir dan masih tidak berganjak walaupun cuaca yang tidak baik menggoda semua untuk meninggalkan majlis.

Mencuit hati saya sekeluarga selepas itu ialah kupasan YB Mahfuz Omar berkenaan hampir semua isu semasa kini dari Kristian agama rasmi, Harga Gula Naik, PAS tinggalkan DAP dan bersatu dengan UMNO dan bermacam-macam lagi. Kegigihan beliau masih terserlah sama semenjak saya bersama bertugas dengannya 13-14 tahun yang lalu di Perlis ketika berlangsungnya PRK di antara Ustaz Hashim Jasin dan adik MB Perlis Shahidan Kassim. Ramai agak simpati kepada beliau walaupun tiba agak lambat ke majlis itu kerana menaiki BAS dari KL.

Ini kali kedua saya tersentuh hati dengan pengorbanan 2 YB dari PAS ini yang menaiki BAS untuk ke tempat ceramah, sebelum ini YB Salahuddin Ayub yang juga seperti YB Mahfuz, yang lain saya tidak ketahui. Saya kagumi kegigihan mereka berjihad di jalan Allah S.W.T demi kebajikan rakyat. Sesuatu yang menuntut semua penggerak jemaah untuk mencontohi.

Tahniah juga kepada junior saya di kampus dahulu Mualim Tarmizi Yahya kerana berjaya mempengerusikan majlis dengan cukup baik sekali. Mengimbau kenangan saya bersamanya ketika di kampus dahulu membuatkan saya tersenyum.

Program tamat di sekitar jam 12 malam. Saya mengheret 2 anak kecil saya ke kenderaan untuk kembali semula ke rumah. Hujan agak lebat dan jarak penglihatan cukup singkat ketika memandu balik ke Terengganu.

Alhamdulillah selamat tiba di rumah sekitar jam 1 pagi.

No comments:

Post a Comment