Kemaman Terengganu,13hb Mei 2011 mencatat sejarah perlancaran Kempen Anti Loji Nadir Bumi Gebeng oleh Pakatan Rakyat yang diwakili oleh pimpinan PKR, PAS, DAP dan NGO yang turut sama hadir memberi sokongan tidak berbelah bagi dan mengecam keputusan Kerajaan Negeri Pahang dan Persekutuan membenarkan LYNAS untuk dibina di Gebeng Kuantan. Turut kelihatan Tn.Haji Hanafiah, Pengarah MTD PAS Dun Chukai, Tn.Haji Man S/U MTD Dun Chukai serta wakil Dewan Muslimat PAS Kemaman turut bersama-sama memberi sokongan. Penerangan secara khusus disampaikan oleh YB Hjh.Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan sebelum berangkat ke Ceramah Umum di Gong Pauh. Majlis tamat tepat jam 10.30 Malam.
No comments:
Post a Comment